BAHAN LAPISAN BAWAH
1 kg beras pulut
4 ½ cawan santan
1 ¼ sudu besar garam
BAHAN LAPISAN ATAS
250 gm tepung gandum
550 gm gula
2 biji telur
4 ½ cawan santan
12 helai pandan
1 cawan air
Sedikit pewarna hijau
CARA
- Kisar daun pandan dengan 1 cawan air. Tapiskan. Ketepikan.
- Rendam beras pulut lebih kurang 30 minit.
- LAPISAN BAWAH : Satukan ke semua bahan lapisan bawah dan kukus di dalam loyang berukuran 35cm lebih kurang 45 minit hingga 1 jam sehingga beras pulut kembang. Selepas 30 minit kaup balikkan supaya ia masak sekata.
- Selepas itu keluarkan beras dan alihkan ke loyang yang baru. Kemudian tekan dan padatkan pulut menggunakan plastik atau daun pisang.
- LAPISAN ATAS : Satukan ke semua bahan lapisan atas. Bancuh sehingga sebati.
- Kemudian tapis menggunakan penapis yang berlubang halus.
- Tuang adunan lapisan atas yang telah dibancuh keatas pulut yang telah dipadatkan.
- Kukus selama 1 jam. Keluarkan air yang bertakung atas kuih seri muka. Sejukkan sebelum dipotong.