BAHAN-BAHAN:

2 cawan tepung gandum

2/3 cawan gula halus

2 sudu kecil serbuk penaik

½ sudu kecil garam

¾ cawan susu cair

½ cawan mentega

2 biji telur

½ cawan badam cincang

50 gm ceri merah

Sedikit perisa badam

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Satukan gula, tepung gandum, serbuk penaik dan gaul rata.
  2. Dalam mangkuk lain, satukan susu cair, mentega, telur dan perisa badam. Kacau rata dan tuangkan ke dalam adunan tepung.
  3. Kacau rata baru masukkan badam dan ceri merah.
  4. Tuang adunan di dalam acuan pembakar, bakar selama 65 minit pada suhu 170°C.