BAHAN-BAHAN

25 helai pucuk kaduk – hiris halus

200gm kerang / udang /kepah rebus

2 batang serai – hiris

4 ulas  bawang merah – hiris

¼ beras goreng – tumbuk

2 sudu besar kerisik

2 sudu kecil pes cili

2 sudu besar jus limau nipis

½ biji kelapa

 

CARA MENYEDIAKAN

  1. Pucuk kaduk disusun, digulung dan dimayang halus.
  2. Didalam bekas, campurkan garam, gula, kerisik, jus limau nipis, pes cili dan gaulkan dengan hirisan pucuk kaduk.
  3. Masukkan udang/kerang/kepah yang telah direbus dan gaulkan.
  4. Masukkan santan pekat dan gaul sebati.

PESAN SAJI :Untuk mengelakkan kerabu dari cepat basi, perah santan dengan air panas, atau gunakan santan kotak.  Selalunya santan yang menjadi punca makanan mudah basi.