BAHAN-BAHAN
1 kg ikan tenggiri
1 biji kelapa
2 sudu besar tempoyak
3 cm kunyit hidup
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
8 tangkai cili padi
2 batang serai – ketuk
1 helai daun kunyit – hiris
5 helai daun kaduk – hiris
2 helai daun cekur – hiris
3 helai daun mengkudu – buang tulang, rebus, tapis & hiris
Garam dan gula secukup rasa
1 keping asam gelugur
CARA MENYEDIAKAN
- Kisar bawang putih, bawang merah, kunyit hidup, cili padi hingga lumat. Gaulkan bersama santan, tempoyak,asam gelugur dan serai dan masak diatas api yang sederhana.
- Masukkan ikan tenggiri dan biarkan santan mendidih.
- Masukkan semua dedaun ke dalam gulai, biar seketika, masukkan garam dan gula secukup rasa.