BAHAN-BAHAN

1 ekor ayam

Minyak

2 sudu besar serbuk ketumbar

2 batang serai – titik

2 kuntum bunga lawang

2 cawan air

2 sudu besar sos cili

2 sudu besar sos tomato

10 helai daun limau purut

Garam dan gula secukup rasa

 

BAHAN KISAR A

2 biji tomato

 

BAHAN KISAR B

8 tangkai cili merah

2 labu bawang besar

2 ulas bawang putih

4 cm  halia

30 tangkai cili padi

 

CARA MENYEDIAKAN

  1. Tumis bahan-bahan kisar B dengan serbuk ketumbar bersama serai dan bunga lawang hingga pecah minyak.
  2. Masukan air dan bahan kisar A bersama sos cili dan sos tomato.
  3. Bila mendidih masukkan ayam dan biar hingga masak. Rasa garam dan gula.
  4. Sebelum diangkat, taburkan daun limau purut di atasnya.