BAHAN UNTUK KULIT PIE
250 gm mentega
125 gm gula kastor
500 gm tepung gandum
1 biji telur
CARA:
- Pukul mentega dan gula hingga sebati.
- Masukkan tepung dan telur dan gaul hingga sebati.
- Bentukan adunan tadi didalam bekas pembakar.
BAHAN UNTUK INTI
3 biji epal
100 gm gula perang
1 sudu kecil serbuk kayu manis
½ cawan air
1 sudu besar tepung jagung
CARA:
- Kupas kulit epal dan potong dadu atau hiris.
- Di dalam periuk masukkan ke semua bahan dan kacau sehingga epal lembut.
- Pekatkan dengan tepung jagung yang dibancuh dengan air.
- Sejukkan sebentar.
- Letak inti epal di dalam kulit pai dan tutup dengan kulit pai di bahagian atas.
- Sapukan telur yang dipukul dibahagian atas pai.
- Bakar di dalam ketuhar sehingga warna kekuningan.
