1. Udang yang telah dibersihkan, gaul dengan serbuk kunyit dan garam sehingga serata.2. Goreng udang sehingga garing. Angkat dan asingkan.3. Kisar atau tumbuk bawang besar, bawang putih, halia, cili merah, cili padi dan kunyit hidup sehingga hancur.4. Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan serai yang diketuk sehingga garing.5. Masukkan daun limau, asam keping dan jus limau. Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa.6. Akhir sekali, masukkan udang dan gaulkan sebati. Angkat dan hidangkan