BAHAN

1 paket sosej ayam

½  biji lada benggala hijau kecil

½ biji lada benggala merah kecil

½ labu bawang besar

2 biji tomato

1 biji lemon – ambil jusnya

3 sudu besar minyak zaitun

1 sudu besar cuka salad

Garam dan lada sulah

 

CARA

  1. Sosej digoreng sekejap di atas api kecil dan dipotong serong.
  2. Lada benggala hijau, merah dan bawang besar dicincang halus.
  3. Tomato dibuang biji dan potong dadu.
  4. Satukan ke semua bahan ini di dalam satu bekas. Ketepikan.
  5. Sementara itu, di bekas lain campurkan minyak zaitun, cuka salad dan jus lemon dalam satu bekas. Kacau dengan kuat sehingga menjadi agak pekat. Perasakan garam dan lada sulah.
  6. Tuangkan sos ini di atas sosej yang telah disatukan tadi dan gaulkan rata.
  7. Simpan seketika di dalam peti sejuk, sebelum dihidangkan.