
BAHAN-BAHAN:
10 ketul paha ayam
½ sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk lada hitam
BAHAN KISAR :
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
8 tangkai cili merah
8 tangkai cili padi
1 biji tomato
1 sudu kecil oregano
1 sudu kecil paprika
1 sudu kecil gula melaka
1 sudu kecil garam
¼ cawan air
CARA MENYEDIAKAN:
- Gaulkan ayam dengan garam dan serbuk lada hitam, biarkan 20 minit.
- Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar, kacau hingga garing.
- Masukkan bahan perasa dan air, kacau selama 3 minit.
- Masukkan ayam tadi dan kacau selama 10 minit hingga setengah masak.
- Bakar pada suhu 220° C selama 30 minit.
- Sapukan lebihan bahan perapan untuk melembapkan ayam semasa membakar.