TEROKAI RAHSIA COKLAT & PASTRI
Article
Coklat – walaupun ia menjadi pujaan ramai, namun ia juga sering di persalahkan dan di momokkan dengan pelbagai penyakit. Sebenarnya coklat coklat mengandungi zat-zat makanan seimbang yang baik untuk kesihatan. Kajian menunjukkan bahawa setiap 100 gm coklat susu mengandungi 26 peratus daripada diet yang disyorkan (RDI) bagi kalsium, 13 peratus magnesium dan kira 20 peratus zat besi, mineral dan elemen zat makanan yang penting untuk tubuh berfungsi dengan sempurna. Coklat juga mengandungi sejumlah besar mengandungi sejumlah besar vitamin larut air seperti B1, B2 dan B3 yang melindungi kitaran tenaga dan protin. Dari segi kesihatan, coklat sebenarnya setanding dengan keju segar yang merupakan makanan berkhasiat.
RDI merupakan jumlah nutrient yang diperlukan oleh tubuh manusia dalam sehari. Sebarang makanan yang mengandungi mutrien melebihi 10 peratus daripada RDI dianggap sebagai sumber nutrient yang baik. Dengan ini coklat sudah pastinya merupakan makanan seimbang yang baik.
Bagi atlet dan kanak-kanak, sekeping coklat selepas bersukan atau bermain lasak akan membantu pemulihan tubuh yang cepat melalui penggantian semula karbohidrat. Oleh itu, sejumlah coklat yang berpatutan boleh meningkatkan kecemerlangan selain menjadi pemangkin tenaga.
Untuk menjadikan anak-nanak kita bertenga sepanjang hari, terutamanya jika anak kita bersekolah rendah keluar rumah mula ke sekolah dari jam 7 pagi dan hanya pulang ke rumah pada 7 petang, itu belum lagi ditambah dengan kegiatan ko kurikulum atau sukan. Maka bekalan sebatang coklat dapat membantu mereka dari keletihan kerana coklat bukan sahaja sedap malah berkhasiat.
Coklat juga sering dikaitkan dengan masalah jantung. Penyelidikan terbaru membuktikan bahawa coklat merupakan sumber anti-oksidan yang terbaik. Anti-oksidan di dalam coklat dikenali sebagai phenol boleh mempengaruhi lipoprotein density rendah (LDL), pengangkut kolesterl ke dalam darah secara langsung. Phenol akan menghalang kerosakan oksidasi LDL yang perlahan-lahan akan mengurangkan kadar mendapan lemak di dalam arteri atau pembuluh darah.
Pengambilan kompoun poliphenolik, sejenis anti-oksidan yang terdapat di dalam buah-buahan, sayuran dan coklat berpotensi mengurangkan risiko sakit jantung dengan melindungi kerosakan sel tubuh akibat radikal bebas.
Coklat secara semulajadinya kaya dengan pholiphenol. Coklat gelap pula mengandungi lebih poliphenol berbanding coklat susu kerana kandungan massa koko yang tinggi. Oleh itu pengambilam coklat gelap yang sederhana disarankan untuk mengekalkan jantung kita sentiasa sihat.
Coklat susu (50 gm) – 100 mg poliphenol
Coklat gelap (50 gm) – 300 mg poliphenol
Teh (240 ml) – 400 mg poliphenol
Serbuk Koko (16 gm) – 200 mg poliphenol
Rahsianya, makanlah coklat secara sederhana sebagai sebahagian daripada diet yang seimbang.
Archives
Calendar
| S | M | T | W | T | F | S |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
| 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
| 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
| 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
| 29 | 30 | 31 | ||||
Categories
- Advertorial
- Arkib Saji
- Ayam & Daging
- Berita Saji
- Biskut & Kek
- Dunia Kulinari
- Hotel & Resort
- Info, Tip & Petua
- Kuih Muih
- Makanan Laut
- Mi & Pasta
- Minuman
- Pembuka Selera
- Pencuci Mulut
- Resipi Saji
- Restoran & Kafe
- Roti & Pastri
- Saji Singgah
- Saji Sukses
- Sambal
- Santai
- Sayuran
- Step By Step
- Telur
- Uncategorized
- Video