NASI MANDI

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN:

3 cawan beras basmati

5 cawan air

4 sudu besar minyak sapi

4 tangkai cili hijau – potong tiga

2 labu bawang Holland

6 ulas bawang putih

3 tangkai cili padi – ketuk

1 sudu besar rempah Mandi Chef Ammar

3 sudu besar ‘smokeliquid’ Chef Ammar

1 sudu kecil pewarna kuning

200 ml minyak zaitun

Sedikit pewarna kuning

Sedikit garam

 

CARA MENYEDIAKAN:

1. Beras basmati dibersihkan dan dituskan airnya.Panaskan periuk dengan minyak zaitun. Tumiskan bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan pula bawang Holland yang telah dicincang.
3. Apabila bawang sudah hampir layu, masukkan cili padi dan cili hijau. Tumis lagi seketika sehingga cili layu.
4. Kemudian masukkan rempah Mandi Chef Ammar dan tumis seketika.
5. Selepas itu masukkan beras, gaul sebati agar rempah menyerap ke dalam beras.
6. Apabila rempah sudah sebati, bolehlah tuangkan air mengikut sukatan beras dan garam secukup rasa. Tanak nasi seperti biasa.
7. Apabila nasi sudah kering, kecilkan api. Masukkan ‘smokeliquid’ atau cuka asap.
8. Gemburkan nasi perlahan-lahan. Biarkan ia masak selama 5 minit lagi.
9. Setelah nasi masak, letakkan minyak sapi di atas nasi.
Akhir sekali, renjiskan pewarna kuning di atas nasi, biarkan ia seketika.Apabila hendak makan, barulah digembur-gemburkan nasi. Angkat dan hidangkan.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan