
BAHAN KEK
250 gm tepung gandum
15 gm tepung jagung
15 gm serbuk penaik
180 gm mentega
170 gm gula
4 biji telur
3 sudu besar susu cair
Secubit garam
SOS KASTARD
60 gm tepung kastard
½ tin susu pekat
½ tin susu cair
1 tin air
1 sudu besar pes strawberi
CARA
- Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Kemudian masukkan telur, satu persatu, pukul rata.
- Kemudian masukkan tepung gandum, tepung jagung dan serbuk penaik, sedikit demi sedikit, pukul adunan sebati.
- Selepas itu, masukkan susu cair dan garam, kacau sebati adunan.
- Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar di dalam ketuhar pada suhu 180°C selama 30 minit sehingga 40 minit. Setelah kek masak, keluarkan dari ketuhar dan sejukkan.
- SOS KASTARD STRAWBERI : Didihkan air di dalam periuk, masukkan susu pekat, susu cair dan tepung kastard. Kacau sehingga kastard berkilat.Padamkan api.
- Tuangkan sos kastard strawberi di atas kek. Hiaskan strawberi dan sos jeli strawberi di atasnya.