
BAHAN-BAHAN:
500 gm ikan merah
1 tangkai daun kesum
2 keping asam gelugur
3 biji tomato
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
10 gm cili kisar
2 cm lengkuas
2 cm kunyit hidup
Garam secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN:
- Ikan dibersihkan dan tos kan.
- Bawang merah, bawang putih, lengkuas dan kunyit hidup dikisar halus.
- Didihkan air dan masukkan kesemua bahan yang dikisar tadi bersama asam keping dan cili kisar.
- Apabila sudah mendidih, masukkan ikan, garam dan daun kesum. Akhir sekali masukkan buah tomato sebagai hiasan dan bolehlah dihidangkan.