BAHAN UNTUK SPAN KEK
250 gm tepung kek
4 biji telur
50 ml air
60 gm mentega – cairkan
Sedikit perisa oren
BAHAN KRIM OREN:
50 gm tepung Hoen Kwe kuning
1 sudu kecil serbuk agar-agar
¼ sudu kecil garam
130 gm gula kastor
2 sudu besar yogurt oren
1 sudu kecil perisa oren
200 ml santan
400 ml air
1 tin oren mandarin (asingkan airnya)
Buah ceri merah (ikut suka)
CARA MENYEDIAKAN:
- UNTUK MEMBUAT KEK SPAN: Pukul tepung kek, telur dan air hingga gebu.
- Kemudian masukkan mentega cair dan perisa oren. Kacau hingga sebati.
- Tuangkan adunan ke dalam acuan 8×8 dan bakar selama 20 minit pada suhu 170° Apabila kek sudah masak, sejukkan.
- Potong kek dan bahagikan kepada dua bahagian. Ketepikan.
- UNTUK MEMBUAT KRIM OREN: Satukan ke semua bahan kecuali buah oren. Masak adunan ini hingga hampir pekat.
- Sediakan bekas kek, ambil sepotong kek span sapukan krim oren di atasnya.
- Lapiskan dengan satu lagi lapisan kek di atasnya. Akhir sekali, hiaskan dengan buah oren dalam tin dan buah ceri. Biarkan sejuk dan sedia untuk dipotong.
