Skip to content
Copyright Saji Online 2026
Theme by ThemeinProgress
Proudly powered by WordPress

HOT

  • BUBUR LAMBUK
  • LENGAT PISANG EMAS
  • KEENAKAN MASAKAN PADANG
  • KUAH KUNING POPULAR DI PULAU MALUKU
  • SINGGANG VS SINIGANG YANG MANA SEDAP?
Saji OnlinePanduan Sumber Resipi
  • You are here :
  • Home
  • Arkib Saji ,
  • Restoran & Kafe ,
  • Saji Singgah
  • MENU GAYA ELEGEN DI 13 THIRTEEN STREET CAFÉ

MENU GAYA ELEGEN DI 13 THIRTEEN STREET CAFÉ

Article

Tak mahu membuang masa dengan kata-kata. Wajib SAJI uar-uarkan café terbaharu di Shah Alam ini adalah lokasi wajib yang anda harus jengah selepas ini. Masih terbayang-bayang kelazatan Kek Coklat Oreo dan Vanilla Bean yang disajikan tempoh hari. Fuhhh, boleh angau dibuatnya. Setiap suapan terasa kemewahan salutan coklat memenuhi ruang pelusuk rasa. Manisnya dunia ketika itu. Menu wajib untuk dicuba.

Read moreMUDAHNYA BUAT SUP CENDAWAN PEKAT BERKRIM

Dan satu lagi kehebatan café hipster ala elegan ini adalah Special Waffle Ice Cream. Wow! Terpaku seketika saat hidangan tiba di depan mata. Cukup menawan dan ‘jelita’ sekali persembahannya. Terasa sayang untuk menjamah. Indah mata memandang, indah lagi kenikmatan merasainya. Kerangupan waffle digabungkan bersama aiskrim vanilla dan saduran coklat, terbaik.

Jika anda berkira-kira mahukan menu berat, apa kata mulakan dengan Grilled Chicken Chop. Harganya juga cukup munasabah, hanya RM12.90. Gabungkan ayam, kentang putar dan sos lada hitam bersama, memang nikmat oiii. Jika tidak pun, boleh mencuba Nasi Daging Air Asam, salah satu menu popular di sini.

Read moreAIS KRIM YOGURT HOMEMADE TERLAJAK SEDAP

Andai kata mahukan kemewahan, SAJI cadangkan anda pilih Combo BBQ Ribs & Lamb Shank. Saiz hidangannya cukup berbaloi pada harga yang cukup berpatutan, hanya RM65.90. Bahagian luarnya dipanggang sempurna sehingga terasa kerangupan pada setiap gigitan. Menu ini disajikan bersama spaghetti, kentang putar, salad dan sos lada hitam.

Read moreCARA PALING MUDAH BUAT BROWNIES...SEDAP & MENYELERAKAN

Café yang baru sahaja memulakan operasi pada 19 Februari 2016 ini menyajikan pelbagai jenis masakan demi memenuhi selera pelanggan. Punya empat bahagian menu iaitu, masakan tempatan, ikan bakar, masakan barat dan pencuci mulut,  tidak hairanlah jika 13 Thirteen Street Café sentiasa fullhouse walau tanpa sebarang promosi.

Read moreASAM PEDAS AYAM - AWANG BRAND

Tidak mahu hanya menyasarkan golongan muda remaja, menurut pemilik, Fauziah Din, café ini cukup sesuai untuk semua kategori usia. Setiap menu disediakan khas mengikut peringkat umur.

Read moreKek Cawan Kiwi Epal

“Kami tidak mahu terlalu terhad kepada beberapa jenis menu sahaja. Dan sebab itu café ini menjadi pilihan keluarga. Mereka bebas memilih menu mengikut kesukaan dan bukan hanya terhad kepada jenis masakan tertentu. Dan sudah pasti, kami menjadi pilihan untuk mereka yang datang semata-mata untuk desert.”

Read moreKek Lapis Oren Yogurt

FOTO : SHAHRIL AZMAN ZAIN

You may also like

BUBUR LAMBUK

LENGAT PISANG EMAS

KEENAKAN MASAKAN PADANG

Archives

  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • September 2017
  • August 2017
  • July 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017

Calendar

March 2026
S M T W T F S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
« Oct    

Categories

  • Advertorial
  • Arkib Saji
  • Ayam & Daging
  • Berita Saji
  • Biskut & Kek
  • Dunia Kulinari
  • Hotel & Resort
  • Info, Tip & Petua
  • Kuih Muih
  • Makanan Laut
  • Mi & Pasta
  • Minuman
  • Pembuka Selera
  • Pencuci Mulut
  • Resipi Saji
  • Restoran & Kafe
  • Roti & Pastri
  • Saji Singgah
  • Saji Sukses
  • Sambal
  • Santai
  • Sayuran
  • Step By Step
  • Telur
  • Uncategorized
  • Video

Copyright Saji Online 2026 | Theme by ThemeinProgress | Proudly powered by WordPress