Skip to Content

Monday, June 26th, 2017
6 KEJU POPULAR DI MALAYSIA

6 KEJU POPULAR DI MALAYSIA

Saji Online

1.Keju Cheddar
Diperbuat daripada susu lembu
Negara Asal: England
Wilayah: Somerset
Jenis: Keju susu separuh keras dan rasanya masin.
Tekstur: Keras dan tidak mudah cair jika dibakar pada suhu yang tinggi.
Warna: Kuning pudar
Sesuai : Untuk hiasan atas roti, kek, piza atau biskut

2.Keju Ricotta
Diperbuat daripada susu lembu
Negara Asal : Itali
Jenis : Rasa ringan berkrim, lemak masin dan jangka hayat yang pendek
Tekstur : Lembut, rapuh, berkrim dan mempunyai kandungan air yang tinggi
Warna : Putih
Sesuai : Untuk pelbagai jenis pasta seperti lasagna dan spageti.

3.Krim Keju
Diperbuat daripada gabungan krim dan susu lembu.
Negara Asal : Amerika Syarikat
Wilayah : Chester , New York
Jenis : Lemak yang tinggi, mengandungi asid lastik dan perlu dimakan segar, sedikit masam
Tekstur : Halus, lembut, berkrim dan beraroma.
Warna : Putih kekuningan
Sesuai : Untuk semua jenis kek, biskut, tart dan aneka pencuci mulut .

4.Keju Mascarpone
Diperbuat daripada susu lembu
Negara asal : Itali
Wilayah : Lombardy
Jenis : Krim keju bermutu tinggi, lembut , halus dan mempunyai kandungan lemak yang tinggi
Tekstur : Berkrim, licin
Warna : Putih dan kuning
Sesuai : Untuk membuat ramuan kek, salad, buah-buahan dan pencuci mulut

5.Keju Mozarela
Diperbuat daripada susu kerbau liar (keju asli)
Negara Asal : Itali
Wilayah : Campania, Abruzzo, Molise dan Puglia
Jenis : Separuh lembut dan mudah cair bila dibakar
Tekstur : Kenyal
Warna : Putih atau kuning pucat
Sesuai: Sesuai untuk hiasan piza atau roti

6.Keju Parmesan
Nama aslinya : Parmiggiano
Diperbuat daripada susu lembu
Negara Asal : Itali
Wilayah : Provinces of Parma
Jenis : Keju susu berperisa jenis keras dan aromanya cukup tajam
Tekstur : Kebiasaannya diparut menjadi serbuk yang halus dan mudah hancur
Warna : Putih krim atau kuning krim
Sesuai : Untuk hiasan taburan di atas piza, sup dan pelbagai jenis pasta.

Previous
Next