10 CARA RAWAT SAKIT DENGAN HALIA

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

Halia sememangnya berkhasiat dan diakui baik dalam hal pemakanan mahupun perubatan tradisional. Halia berasal dari Asia Tenggara, ditanam secara meluas di seluruh dunia  antaranya di India, China, Nigeria, Australia dan Thailand. Halia boleh merawat pelbagai penyakit dan kaya dengan kalium, fosforus, kalsium, protein, karbohidrat, vitamin C dan niasin. Sejak 2,500 tahun yang lalu  masyarakat di China  telah mengamalkan halia sebagai amalan perubatan. Tidak dinafikan, pengambilan halia dalam pemakanan harian bukan sekadar untuk membuang angin di dalam badan semata-mata,  malahan mempunyai 1001 manfaat antaranya :

  1. Amalkan minum air halia suam, bagi mengatasi masalah kesejukkan anggota badan terutama di bahagian tangan dan kaki.
  2. Halia dimakan sebagai ulam boleh membantu dalam proses pencernaan, menghilangkan bau mulut dan sebagai penawar racun.
  3. Rebusan air halia dan lemon,  menghilangkan kembung perut dan dapat membuang angin di dalam usus kecil dan usus besar.
  4. Air halia bercampur madu membantu menguatkan tenaga batin, meredakan demam, batuk , sesak dada dan senggugut.
  5. Untuk melegakan sakit sendi tulang, boleh cuba rebus halia bersama serai. Minum air rebusan halia serai seminggu sekali.
  6. Detoks dengan rebusan halia yang dicampurkan dengan daun pandan, serai dan air asam jawa untuk melawaskan dan menyegarkan badan serta melancarkan perjalanan darah.
  7. Halia dihiris halus, digoreng garing sesuai untuk orang berpantang, selain membuang angin dalam badan ia juga boleh melegakan kesakitan dan menguatkan sistem imuniti diri.
  8. Pengambilan serbuk halia secara konsisten dapat membantu mematikan sel kanser.
  9. Amalkan minum air halia panas bercampur madu dan lemon setiap pagi ketika perut kosong, ia berupaya mengurangkan nafsu makan dan boleh menurunkan berat badan.
  10. Bagi mereka yang menghadapi masalah bau badan, minum air halia yang bercampur dengan teh.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan