BAHAN:
1 paket kulit popia saiz sederhana
Daun kucai untuk mengikat uncang
BAHAN INTI:
2 ketul isi ayam – cincang/kisar
10 ekor udang – cincang
1 batang lobak – hiris nipis
3 ulas bawang putih – cincang halus
Sedikit lada sulah
Secubit garam
Minyak masak
CARA:
- Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Tumis bawang putih sehingga wangi dan masukkan ayam dan udang yang dicincang tadi. Tambahkan serbuk lada sulah dan garam. Kacau rata. Masukkan lobak dan segera tutup api. Sejukkan.
- Ambil dua keping kulit popia. Letakkan sesudu inti di tengah-tengahnya. Buat seperti uncang dan ikat dengan daun kucai yg dicelur terlebih dahulu.
- Panaskan minyak dan goreng uncang hingga kekuningan dan garing. Toskan minyaknya.
- Hidangkan panas-panas bersama sos kegemaran.