UDANG KARI HIJAU THAI SEGERA

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

HIDANGAN: 5 ORANG

MASA : 10 MINIT

 

BAHAN:

300 gm udang sederhana

Sedikit daun selasih

1 cm belacan

½ biji perahan limau nipis

½ cawan santan

Sedikit air

Gula dan garam secukup rasa

 

BAHAN KISAR:

3 batang cili hijau

3 tangkai cili hijau akar

3 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

½ cm halia

Sedikit lengkuas

1 sudu kecil jintan manis dan ketumbar

 

CARA:

  1. Semua bahan kisar ditumis sehingga terbit minyak.
  2. Masukkan air sedikit biar mendidih, masukkan udang, belacan , gula, garam dan santan. Kacau mesra.
  3. Akhir sekali, masukkan perahan limau dan masukkan daun selasih.
  4. Siap untuk dihidangkan.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan