BAHAN:
1 keping tofu lembut
6 biji cendawan butang segar – hiris nipis
2 ulas bawang putih
2 tangkai cili padi
3 sudu besar sos tiram
Sedikit air
Sedikit minyak
Garam dan lada secukup rasa
CARA:
- Panas pengukus dengan air yang mencukupi dan kukus tofu lembut sehingga masak.
- Panaskan pan dan tumis bawang putih dengan sedikit minyak sehingga kuning keemasan.
- Masukkan cendawan dan tumis sehingga layu lalu masukkan sos tiram dan air. Kacau hingga rata dan tambahkan garam dan lada mengikut citarasa anda. Masak sehingga masak.
- Tuang sos cendawan di atas tofu dan sedia untuk dihidangkan.