Tilapia Bakar Isinya Lembut.

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn
OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Ada di antara kita tidak makan ikan darat, lebih-lebih lagi ikan yang dibela dalam lombong ataupun kolam.  Antara jawapan yang biasa kita dengar ialah, ikan darat rasanya hanyir. Apa pun alasannya,  tidak ada salahnya. Hakikatnya, memang benar ikan darat ada baunya. Sebab itu, teknik dan cara basuhan itu penting. Sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan sedikit rasa bau ikan.

Bagi peminat ikan darat, mungkin boleh mencuba resipi ikan tilapia bakar ini. Tapi bagi mereka yang tak biasa tu, kalau nak cuba buat pertama kali apa salahnya. Mungkin percubaan pertama itu akan membuatkan anda jatuh cinta dengan ikan darat.

Dalam banyak-banyak ikan darat, isi ikan tilapia adalah yang paling enak kalau dibakar kerana isinya lembut dan rasanya lemak. Tilapia ada dua jenis, satu yang berwarna hitam dan satu merah. Tilapia berwarna merah lebih lemak dan sedap juga jika digoreng garing.

TILAPIA BAKAR

  1. Bersihkan ikan tilapia, kemudian rendam dalam air asam jawa. Selain itu boleh juga direndam dalam air beras,  tepung gandum, asam gelugur, garam dan limau. Terpulang pada anda.
  2. Biarkan selama 30 minit. Kemudian kelar bahagian badannya, dan tuskan.
  3. Sediakan bahan-bahan perap.

BAHAN PERAP

                           5 ekor ikan tilapia

                           7 ulas bawang merah

                           3 ulas bawang putih

                           3 batang serai

                           5 cm halia

                           1 sudu besar serbuk kunyit

                           1 sudu besar serbuk cili

                           1 sudu besar garam

                           2 sudu besar gula

  1. Kisar lumat bahan perap dengan sedikit air. Kemudian lumurkan pada ikan. Masukkan ikan dalam bekas. Kalau nak dibakar terus pun boleh dan jika diperap selama 1 jam.
  2. Teknik membakar juga ada banyak cara, ada yang dibalut dengan daun pisang, daun kunyit, aluminium foil ataupun dibakar begitu sahaja. Ikut suka anda.
  3. Jangan bakar terlalu garing kerana kalau garing isi tilapia menjadi keras.
  4. Cara mudah untuk mengetahui ikan masak, lihat pada mata ikan.
  5. Kalau keliling mata ikan menjadi putih sedangkan badannya masih belum ada tanda hitam terbakar, itu bermakna isinya sudah masak. Teknik ini sama sahaja ketika mengulai ikan, tetapi tidak menggoreng ikan.
  6. Isi ikan tilapia senang masak, jadi tidak perlu ada tanda kesan terbakar atau hitam pada badan ikan. Anda rasalah keenakkan isi ikan tilapia bakar ini, Pastinya anda tak puas kalau dimakan sekali. Dicicah pula dengan air asam.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan