TEMPURA BUKAN DARI JEPUN

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

Tempura sememangnya sedap. Semua orang tahu yang ia merupakan makanan popular yang berasal dari Jepun. Tetapi sebenarnya bukan. Tempura sebenarnya merupakan makanan Portugal, yang dipanggil  peixinhos da horta yang diperkenalkan oleh seorang bangsa  Portugis ke Jepun. Tempura diperkenalkan pada tahun 1549, kepada Mahaguru Shogun, Tokugawa Leyasu di Nagasaki.

Tokugawa amat menyukai tempura. Pada Era Genroku, tempura mula mendapat tempat di kalangan masyarakat Jepun dan dijual di gerai  dan di tepi jalan. Sehingga kini tempura atau peixinhos da horta, masih popular di Portugal, cumanya  rasa tepungnya agak sedikit liat berbanding tempura Jepun.

Makna perkataan `tempura’ datangnya dari bahasa Portugis, iaitu `tempora’. Oleh sebab bunyi perkataan itu boleh disebut masyarakat Jepun, maka ia dikekalkan sebutannya sehingga sekarang ini. Dalam bahasa Latin `tempora’ bermaksud `jangka waktu’. Selain itu  `tempora’ juga bermaksud teknik celup ikan atau sayuran ke dalam adunan tepung.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan