1. Rebus kambing sehingga empuk bersama sedikit halia dan bawang. Ketepikan.Kemudian kisar bawang merah, bawang putih dan halia.Panaskan minyak, tumis rempah kasar, sup bunjut dan bahan hirisan kasar bersama akar batang daun bawang dan daun sup.Masukkan serbuk ketumbar, jintan manis, rempah kurma bersama sedikit air. Tumis sehingga rempah wangi dan pecah minyak.Selepas itu, masukkan ubi kentang, biarkan ia sehingga setengah masak lalumasukkan pula lobak merah. Kacau sebati.Kemudian tuangkan ke semua bahan ini ke dalam periuk rebusan daging tadi. Masukkan garam dan lada putih. Tutup api, masukkan tomato. Sedia untuk dihidangkan. Untuk lebih rasa enak, perahkan limau atau lemon. Jika suka boleh juga masukkan cili padi kisar.Siap