BAHAN:
2 keping ikan siakap – bersihkan
½ labu bawang besar – dihiris
1 cm halia
2 ulas bawang putih
2 sudu kecil rempah sup
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 paket rempah 4 sekawan
1 biji tomato- belah 4
Daun ketumbar secukupnya
Garam secukup rasa
CARA:
- Panaskan sedikit minyak, masukkan penumis, bawang besar, bawang putih dan halia. Tumis sehingga sedikit kekuningan.
- Masukkan rempah sup dan serbuk lada hitam, tumis seketika kemudian masukkan air secukupnya.
- Apabila sudah mendidih masukkan ikan. Apabila ikan sudah masak masukkan tomato dan daun ketumbar, perasakan dengan garam. Sedia dihidangkan.
RESIPI: NORZILA SAIM