BAHAN A
1 kg tepung naik sendiri
375 gm mentega
150 gm gula
1 sudu kecil serbuk penaik
BAHAN B
300 ml susu cair
100 gm yogurt
4 biji telur
BAHAN C
250 gm strawberi – potong dadu
SOS JELI STRAWBERI
250 gm strawberi
120 gm gula
1 sudu besar serbuk jeli segera
1 cawan air
CARA
- Satukan ke semua bahan A ke dalam mangkuk, gaul sehingga sebati.
- Kemudian masukkan bahan B, telur dan yogurt di adun sebati diikuti dengan susu cair sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut. Jangan uli terlalu lama.
- Masukkan strawberi, gaul rata.
- Ambil sedikit adunan, tuangkan ke dalam acuan mufin. Bakar selama 20 minit pada suhu 200°C atau sehingga kuning keemasan.
- SOS JELI STRAWBERI : Didihkan air, larutkan gula dan serbuk jeli segera. Masukkan strawberi, kacau rata.Padamkan api, angkat sos hiaskan di atas scone.