BAHAN A
500 gm sotong
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu kecil serbuk lada hitam
BAHAN B
3 sudu makan mentega
2 pelepah daun kari
5 tangkai cili padi – cincang
Secubit gula
1 kiub ayam
2 biji telur masin yang telah direbus – ambil yang kuning sahaja & hancurkan
CARA :
- Bersihkan sotong dan potong bulat.
- Campur lada hitam dengan tepung jagung dan golek sotong ke dalam tepung tersebut.
- Goreng sotong tersebut dengan minyak panas, sebentar sahaja. Jika terlalu masak tekstur sotong tersebut akan keras.
- Cairkan mentega dengan api kecil, lalu masukkan kuning telur masin yang telah dihancurkan sambil terus dikacau.
- Jika telur masin mula berbuih, masukkan daun kari, kiub ayam, gula dan cili padi.
- Kecilkan api dan campur sotong goreng ke dalam adunan kuning telur. Apabila telah sebati, bolehlah matikan api dan hidangkan.