BAHAN A
1 tin buah pic
10 gm agar-agar serbuk
3 cawan air
BAHAN B
1 tin susu cair
1 ½ cawan gula
3 cawan air
10 gm agar-agar serbuk
CARA MENYEDIAKAN
- Buah pic dihiris nipis dan toskan sirapnya.
- Susun buah pic dalam loyang.
- Satukan sirap pic, air dan agar-agar serbuk. Didihkan dan tuangkan perlahan-lahan dalam loyang berisi buah pic.Sejukkan.
- Sementara itu satukan semua bahan B dan biarkan ia mendidih. Tuangkan di atas lapisan pic. Sebelum itu lapisan atasnya dicucuk dan disagat dengan garpu untuk melekatkan lapisan.