BAHAN-BAHAN
1 cawan ramasan biskut tawar
3 sudu besar mentega cair
½ sudu kecil serbuk buah pala
BAHAN A
¾ cawan labu kisar
¼ cawan susu segar
1/3 cawan gula perang
2 biji telur
Secubit garam
½ sudu kecil serbuk buah pala
227 gm keju krim
CARA MENYEDIAKAN
- Panaskan ketuhar kepada suhu 190 darjah selsius.
- Sediakan dulang mufin yang lengserkan dengan marjerin.
- Satukan ramasan biskut lemak, marjerin cair dan serbuk buah pala.
- Ramas sebati. Sudukan adunan ke dalam mangkuk mufin dan tekan padat untuk dijadikan lapik dasar.
- Bakar selama 5 minit dan biarkan ia sejuk.
- Dalam mangkuk lain, pukul keju krim, dan puri labu sehingga lembut dan kembang.
- Tuangkan susu, gula, garam dan serbuk buah pala.
- Masukkan telur dan pukul sebati.
- Tuangkan adunan ke dalam adunan dan bakar selama 35 minit.
PESAN SAJI: Untuk mendapatkan puri labu, sebaiknya labu kuning dikukus dan kemudian dikisar.