BAHAN – BAHAN
7 keping kulit popia Vietnam
400 gm isi udang – celur
100 gm suhun – rendam dan celur
BAHAN HIRIS
½ biji timun
1 cawan lobak merah
1 biji lada banggala merah
1 biji lada banggala hijau
Daun pudina
Daun ketumbar
Daun selasih
Daun bawang
CARA MENYEDIAKAN:
- Rendamkan seketika kulit popia Vietnam di dalam air sehingga lembut.
- Angkat dan letakkan di atas papan landas.
- Letakan kesemua bahan lain di atasnya.
- Gulungkan kulit popia itu dengan kemas.
- Boleh dihidangkan bersama sos cili thai dan juga sos plum.