PAJERI NANAS

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN

1 biji nanas sederhana besar – potong bulat dan celur

2 cawan santan pekat

1 cm halia – tumbuk

5 ulas bawang merah – tumbuk

2 ulas bawang putih – tumbuk

2 sudu besar udang kering – tumbuk

1/2 sudu kecil serbuk kunyit

2 sudu besar gula merah/putih

2 sudu besar kerisik

1 sudu kecil biji sawi

1 sudu besar cili kisar

Sedikit garam

Asam jawa secukupnya

 

BAHAN TUMIS

1 batang kayu manis

1 kuntum bunga lawang

3 kuntum bunga cengkih

2 biji buah pelaga

3 sudu besar rempah kari ikan – bancuh bersama air

 

CARA:

  1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan tumbuk serta bahan tumis sehingga naik bau.
  2. Masukkan kerisik dan nanas. Kacau rata, masukkan santan, garam dan gula. Masak sehingga kuah pekat dan naik minyak.
  3. Kemudian masukkan nanas, tambahkan sedikit air. Biarkan nanas masak sempurna. Sedia dihidangkan.

 

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan