BAHAN-BAHAN:
481 gm kulit pastri
425 gm susu pekat
3 cawan air
1/2 cawan krim
3/4 cawan kacang pistachio (di cincang)
1/2 cawan kacang pain
1/2 cawan kismis
1/2 cawan kepingan badam
1/2 cawan kelapa kering
1/2 sudu kecil esen vanila
CARA MENYEDIAKAN:
- Panaskan ketuhar pada suhu 200⁰C.
- Letakkan kulit pastri ke atas dulang pembakar dan bakar selama 15 minit sehingga berwarna keperang-perangan.
- Hancurkan kulit pastri yang telah dibakar tadi, masukkan kelapa, kacang dan kismis. Gaul hingga sebati.
- Sementara itu panaskan susu, air dan esen vanila. Masak selama 5 minit dan sejukkan.
- Tuang adunan susu ke dalam adunan kulit pastri tadi, gaul hingga sebati kemudian masukkan krim.
- Tuang adunan ke dalam acuan pembakar, susun kepingan badam mengikut kesukaan anda.
- Bakar selama 15 minit. Hidang ketika masih panas.