BAHAN-BAHAN
500 gm longan kering
250 gm fungus putih – rendam sehingga kembang
30 gm kurma merah – rendam sehingga kembang
300 gm kacang gingko segar – rebus sehingga empuk
300 gm biji teratai – rebus sehingga empuk
1 kg gula pasir
400 gm gula perang
3 helai daun Pandan
7 liter air
CARA MENYEDIAKAN
- Rendam semua bahan kering semalaman. Kemudian rebus biji teratai dan kacang gingko sehingga lembut. Setelah lembut, asingkan kacang gingko dari kulitnya.
- Kemudian didihkan air, masukkan longan bersama daun pandan. Masukkan gula pasir dan gula perang. Didihkan sehingga gula larut.
- Selepas itu, bolehlah masukkan fungus putih, kurma merah, kacang gingko dan biji teratai. Apabila sudah mendidihkan, padamkan api.
- Boleh dihidangkan panas atau pun sejuk.