BAHAN-BAHAN

200 gm kelapa parut

3 tangkai cili padi – hiris

1 biji limau nipis

1 sudu besar sos ikan

Sedikit belacan – kisar

Sedikit udang kering – goreng & kisar

Sedikit garam dan gula

 

BAHAN PARUT KASAR:

1 biji mangga

½ batang lobak merah

 

BAHAN HIRIS

1 ikat daun selom

1 tangkai bunga kantan

2 labu bawang besar

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Satukan bahan parut kasar dan bahan hiris di dalam mangkuk.
  2. Masukkan kelapa parut, cili padi, sos ikan, belacan, udang kering, gula dan garam secukup rasa. Gaulkan sebati.
  3. Akhir sekali, masukkan perahan limau nipis. Sebatikan rasa.