BAHAN:

2 biji kentang dipotong wedges

80 gm keju feta

1 cawan susu segar

2 sudu besar tepung gandum

Sedikit herba pasli

Garam dan lada secukup rasa

 

CARA:

  1. Gaul kentang dengan garam, bakar pada suhu 170⁰C selama 25 minit sehingga masak dan garing.
  2. Panaskan susu dan keju fetadi dalam periuk dan gaul sehingga feta larut.
  3. Masukkan tepung dan kacau sentiasa agar tidak berketul.
  4. Masukkan herba pasli, ubah suai rasa dengan garam dan lada. Masak sehingga pekat.
  5. Tuangkan sos ke atas kentang sebelum dihidangkan.