KEENAKAN MASAKAN PADANG

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

Anda penggemar masakan padang?  Bagi penggemar masakan padang, jangan lepaskan peluang ke Melting Pot Café, Hotel Concorde Kuala Lumpur. Hotel ini sedang mengadakan promosi masakan  Padang sehingga 30 November 2018. Nikmati kelazatan hidangan yang disediakan oleh Cef Rogayah Sharif dan Cef Azizah Abdul Malik.

Padang adalah tempat asal orang Minangkabau di daerah Sumatera Barat, Indonesia. Masakan Padang adalah antara makanan terkenal di Asia Tenggara termasuk Singapura. Masakan Padang terkenal dengan rasanya yang kaya dengan santan dan kepedasan cili.

Perbezaan masakan Padang dan Melayu terletak pada cara penyediaan lauk Padang tersebut. Namun terdapat satu atau dua bahan yang berbeza digunakan dalam masakan Padang yang memberikan rasa, tekstur dan aroma yang tersendiri.

Antara menu yang ditawarkan adalah ayam pop, dendeng, kalio ayam, cumi berlado, sup tulang rusuk, sambal udang petai, gulai jariang pucuk ubi, taruang balado dan gulai sayur kapau. Terdapat juga lauk lain seperti anyang pucuk paku, gado-gado, uwok pucuk ubi, rendang daging, sup ekor dan gulai ikan lado api.  Godok batinta, kolak pisang, badak berendam, onde-onde dan bubur pulut hitam adalah antara pemanis mulut yang harus dicuba.

Dengdeng Daging
Sotong Balado

Jangan lepaskan peluang untuk nikmati kelazatan sajian Padang. Ketika menjamu selera anda akan didendangkan oleh kumpulan Begema 5. Harga bufet RM 110.00 bersih seorang (termasuk hidangan tempatan dan antarabangsa). Cef akan menyediakan tiga set bufet yang berbeza.

Untuk tempahan sila hubungi Melting Pot Cafe di talian 03-27172233.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan