IKAN RAMBAI MASAK CUKA

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN A

2 ekor ikan rambai

1 sudu kecil kunyit serbuk

1 sudu kecil garam

4 sudu kecil tepung ubi

 

BAHAN B

2 sudu besar jintan manis – tumbuk halus, tapis dan ambil air

 

BAHAN C

1 cawan cuka makan

2 cawan air

 

BAHAN D

20 ulas bawang merah – belah dua

20 ulas bawang putih – belah dua

Halia muda – hiris nipis

Cili api merah & hijau

 

BAHAN E

½ cawan gula pasir

1 sudu kecil garam

2 sudu kecil biji sawi

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Satukan ikan dengan bahan A dan goreng.
  2. Panaskan setengah senduk minyak dan masukkan air jintan manis.
  3. Masukkan air dan cuka. Biarkan mendidih.
  4. Kemudian masukkan semua bahan D.
  5. Masukkan bahan E, rasa garam dan gula secukupnya.
  6. Masukkan goreng. Biar ia mendidih.

 

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan