Menara Kuala Lumpur tidak melepaskan peluang untuk mengadakan pelbagai aktiviti menarik sepanjang bulan Ramadan. Dengan bertemakan Iftar disyukuri, Ramadan di berkati bermula 6.30 petang hingga 10 malam.

Bertempat di Dewan Bankuet Megaview, Menara Kuala Lumpur, tetamu boleh menikmati lebih 80 jenis sajian antarabangsa dan tempatan yang pastinya menyelerakan.

Sajian istimewa pada tahun ini iaitu ekor asam pedas, kambing golek serta pencuci mulut serawa durian yang pastinya dapat menepati cita rasa setiap pengunjung. Sajian istimewa ini disediakan khas oleh rakan kerjasama iaitu Restoran Berputar Atmosphere 360.

Sambil menikmati juadah berbuka puasa, para tetamu akan dihiburkan oleh pemuzik dari Menara Kuala Lumpur iaitu The Sky.

Bufet ramadan ini bermula dari 21 Mei hingga 12 Jun 2018 dengan harga RM128.00 untuk dewasa dan RM78.00 untuk kanak-kanak. Percuma untuk kanak-kanak berumur 4 tahun ke bawah.

Bagi menghargai tetamu, setiap pembelian bufet ramadan 10 orang dewasa percuma seorang dewasa. Tetamu juga berpeluang untuk berkunjung ke Pelantar Terbuka (Sky Deck) dengan harga istimewa iaitu RM20.00 untuk dewasa dan RM10.00 untuk kanak-kanak.

Jika berminat sila hubungi 03 20205444 atau layari www.menarakl.com.my