GULAI AYAM KAMPUNG

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN:

1 ekor  ayam kampung

3 ulas bawang besar

4 ulas bawang merah

3 ulas   bawang putih

1 cm  halia

1 cm kunyit hidup

2 cm  lengkuas

2 kuntum bunga lawang

1 cm  kulit kayu manis

3 biji buah pelaga

½ cawan minyak masak

½ kg santan

4 sudu  besar rempah gulai

2 sudu  besar kerisik

250 gm cili kisar

½ keping  manisan (gula nisan)

2 keping asam gelugur

Sedikit asam jawa, gula dan garam

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Panaskan minyak kemudian tumis cili kisar hingga terbit minyak. Selepas itu, masukkan bunga lawang, kayu manis dan pelaga.
  2. Kemudian masukkan bahan  yang bercampur dengan rempah seperti kunyit, lengkuas, bawang besar, bawang merah dan bawang putih.
  3. Jika suka campurkan sedikit belacan. Kemudian masukkan ayam,kerisik,  asam gelugur, garam, gula nisan dan secawan air.
  4. Biarkan seketika sehingga empuk. Selepas itu, masukkan santan. Kacau sehingga mendidih dan biarkan sehingga empuk.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan