DIILHAMKAN OLEH KITKAT® CHOCOLATORY®

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

Susulan kejayaan pelancaran KitKat Chocolatory di Kuala Lumpur pada tahun lalu, kedai konsep KitKat yang pertama dan satu-satunya di Asia Tenggara, Nestlé Malaysia kini melancarkan barisan kepingan coklat premium baru yang diilhamkan oleh Kedai KitKat Chocolatory.

KitKat Bar baru ini menawarkan ‘break’ mewah yang kaya dengan ramuan tambahan premium dan kandungan coklat yang lebih banyak kepada penggemar coklat. Tablet 8 jejari ini dihasilkan dengan dua lapisan wafer yang ekstra rangup dengan satu lapisan coklat berkrim, yang kemudiannya disaluti dengan coklat susu. Setiap kepingan dibungkus secara berasingan di dalam pek kerajang dan kotak premium untuk memastikan supaya ia dapat dinikmati dalam keadaan yang terbaik. Pada pelancaran itu, KitKat Bar didatangkan dalam dua perisa yang mengujakan iaitu Hazelnut & Cookies dan Double Chocolate.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan