BAHAN-BAHAN:
100 gm mentega tanpa garam
140 gm tepung gandum
50 gm serbuk koko
½ sudu kecil serbuk kulit kayu manis
½ sudu kecil serbuk penaik
80 gm gula perang
Secubit garam
Sedikit sprinkle secukupnya
CARA MENYEDIAKAN:
- Potong mentega berbentuk kiub setebal 1 cm lalu dimasukkan ke dalam peti sejuk.
- Panaskan ketuhar pada suhu 180⁰C.
- Ayak tepung gandum, serbuk koko, serbuk penaik dan serbuk kulit kayu manis seterusnya campurkan gula dan garam. Gaul sebati.
- Keluarkan mentega tadi dari peti sejuk. Ramas-ramas kan dengan bahan ayak sehingga jadi berketul-ketul.
- Masukkan adunan ke dalam acuan yang sudah dilapis dengan kertas minyak dan tekan-tekan biar jadi sekata dan padat.
- Hias dengan sprinkles atau mengikut cita rasa masing-masing.
- Selepas itu bakar selama 25 hingga 30 minit sehingga masak.
- Akhir sekali potong memanjang 1 hingga 1.5cm ketika masih panas-panas lalu sejukkan.