Skip to Content

Sunday, April 30th, 2017
CRAYFISH LOBSTER LAMBAK MEMUKAU SELERA DI HEART & SOUL

CRAYFISH LOBSTER LAMBAK MEMUKAU SELERA DI HEART & SOUL

Saji Online

Bukan hanya suasana restorannya yang santai dan bersahaja, malah makanan yang dihidangkan juga terpahat di hati, melekat di jiwa gitu. Sesuai dengan namanya, Heart & Soul.

Jangan tak tahu, restoran ini juga merupakan port lepak hijabista. Mana tidaknya, Heart & Soul ini terletak betul-betul di barisan hadapan Bangi Sentral, Bandar Baru Bangi yang dikenali sebagai pusat sehenti pelbagai jenama hijab dan pakaian Muslimah moden yang popular.

Senang nak nampak kedai ni kerana papan tandanya yang besar

Ruang hadapan restoran yang santai

Mula beroperasi pada bulan Mei 2015, pemiliknya, Noorain Shamsuddin dan suaminya Mohd Yazid Manshor yang merupakan ketua chef di situ, menawarkan pelbagai variasi menu di restoran berkonsep ala-ala reggae ini. Antaranya termasuklah makanan tempatan, makanan ala Barat, makanan laut serta makanan Asia.

Restoran yang memuatkan 40 orang pelanggan dalam satu masa turut menggunakan dekorasi yang minimalis dan menjadikan pallet kayu sebagai tarikan utama pelanggan ke sini. Sebuah Vespa kuning turut dijadikan hiasan di ruang hadapan restoran. Lukisan mural seorang chef sedang menunggang Vespa bersama lobster juga menggambarkan keistimewaan makanan tersebut.

Terdapat mural chef bersama lobster di sini

Vespa yang terletak di ruang hadapan kedai menjadi tarikan pengunjung

Crayfish Lobster Lambak merupakan menu yang paling istimewa dan sering dipesan oleh pelanggan. Namanya lambak kerana dalam satu hidangan, korang boleh makan ramai-ramai. Selalunya, jika pelanggan memesan dalam jumlah yang banyak, ia akan dilambakkan atas dulang. Untuk sos, korang boleh memilih tiga pilihan sos sama ada sos Thai, sos cili dan mayonis. Harganya juga sangat berpatutan. Hanya RM35 sahaja untuk 300 gram (8-9 ekor), manakala untuk 600 gram RM55 dan untuk 1 kilogram (lebih kurang 30 ekor) harganya cuma RM70.

Yang bestnya lagi, Heart & Soul ada membuat tawaran setiap pertengahan bulan iaitu setiap 15 hari bulan sehingga 30 hari bulan, pelanggan dapat menikmati set makan tengah hari bernilai RM15.90 termasuk air. Manakala untuk set makan malam hanya bernilai RM19.90 sahaja.

Ruang makan yang selesa

Dapur yang berkonsep terbuka

SAJI sempat merasai beberapa jenis menu dan air di sini. Memang enak dan mengenyangkan. Antara menu pilihan SAJI;

Crayfish Lobster Lambak dengan sos Thai untuk 300 gram. Memang ngam dengan selera yang suka makan pedas. Lobsternya pula cukup berperisa

Fajitas Grilled Chicken and Beef ini pula berharga RM25.90. Hidangan hot plate ini disajikan bersama wrap, salad dan mayonis. Cara makannya mudah, cuma isikan daging atau ayam dan letakkan salad serta mayonis ke atas wrap

Crispy Skin Salmon in Cream Sauce. Dihidangkan bersama mashed potato, ikan salmon ini dimasak sempurna dan berjus dengan kulit luarnya rangup, ditambah pula dengan sos krim yang menepati cita rasa. Harganya hanya RM19.90

Mushroom & Bacon Cheese Burger (RM18.90). Burger istimewa ini disediakan dengan sos cendawan butang dan cendawan tiram bersama keju dan bakon daging. Menjilat jari!

Untuk minuman pula SAJI memilih empat jenis minuman yang paling popular di sini. Antaranya, Banana & Berry Smoothie. Minuman ini paling recommended. Siapa sangka, pisang dan beri bila digabungkan meletop! Sedap dan segar. Penggemar pisang, rugi kalau tak cuba. Harganya RM15.90. Sweet Honey Comb pula merupakan ice blended yang ditaburi dengan ketulan coklat madu keemasan. Harganya RM17.90. Selain itu, kami sempat merasai Soda Assam Boi (RM7.90) dan Mango Lime Cooler (RM13.90).

Pemilik restoran bersama plak Saji Singgah

 

Foto: Azlina Othman

Previous
Next