BAHAN-BAHAN
300 gm kacang buncis – hiris
200 gm hati ayam – hiris kasar
2 tangkai cili merah – hiris
3 ulas bawang merah – hiris
2 ulas bawang putih – hiris
1 inci halia – hiris
100 ml minyak masak
Garam & gula secukupnya
CARA PENYEDIAAN
- Goreng hati ayam sehingga empuk.
- Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
- Masukkan hati ayam yang telah digoreng tadi, garam dan gula secukup rasa.
- Kemudian masukkan hirisan cili merah dan kacang buncis. Gaul dan kacau sebati.Masak sehingga kacang buncis empuk.