BUFFET RAMADAN FELDA D’SAJI

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

Lima buah cawangan Felda D’Saji menjanjikan bufet Ramadan yang setiap cawangan menyajikan tema-tema yang berbeza. Pengalaman 20 tahun dalam penyediaan ramadan, Felda Dsaji yakin pendekatan baru dan kepelbagaian menu akan menjadikan lebih relevan dan memenuhi cita rasa pelanggan.

Lima cawangan itu seperti Dewan Perdana Felda, Red Carpet Avenue, Orchard Villa, Tasik Titiwangsa dan Tasik Cempaka Villa.

Di Dewan Perdana Felda, 40 orang cef telah menyajikan menu berbuka puasa dengan tema ‘Colours of Malaysia’. Antara menu utama adalah Stuffed Whole Lamb (nasi dalam perut kambing), cita rasa ramadan warisan Melayu, kambing bakar dengan 9 rempah dan pelbagai juadah pilihan terbaik.

Selain itu, empat lokasi bufet ramadan yang lain seperti D’Saji Kl Titiwangsa, (Taste Of Asean), Orchard Villa Gombak dan Cempaka Villa Bangi (Malay Authentic and Grills) dan Red Carpet Avenue, Strand Mall, Kota Damansara  (Cita rasa Ramadan).

Harga : Dewan Perdana Felda KL (RM 88)

Orchard Villa Gombak (RM 58 )

Red Carpet Avenue Kota Damansara (RM 48 )

D’Saji Kl Titiwangsa (RM 79)

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan