BAHAN-BAHAN
100 gm beras
150 gm ikan tenggiri
50 gm sayur campur
½ sudu kecil minyak bijan
1 sudu kecil serbuk ikan bilis
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk lada sulah
Bawang goreng
Daun sup
CARA MENYEDIAKAN
- Masak beras dengan air secukupnya untuk dijadikan bubur.
- Bila bubur nasi dah kembang baru masukkan ikan, sayur, minyak bijan, serbuk ikan bilis dan garam.
- Bila dah siap, hiaskan dengan serbuk lada sulah, bawang goreng dan daun sup.