BUAH MELAKA

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN:

300 gm tepung pulut

250 ml air

½ sudu kecil garam

½ biji kelapa parut putih

5 helai daun pandan-ambil airnya

Sedikit pes pandan

100 gm gula melaka-tambahkan sedikit gula pasir

 

CARA MENYEDIAKAN:

Masukkan tepung pulut dalam mangkuk dan masukkan air.
Kemudian masukkan pula air daun pandan, uli bahan-bahan tersebut hingga kenyal.
Ambil sedikit adunan jadikan bebola kecil dan leperkan. Letakkan sedikit gula melaka di tengah-tengahnya dan bulatkan semula.
Kemudian didihkan air didalam periuk dan masukkan doh yang telah siap tadi. Tunggu sehingga doh timbul.
Angkat dan golek-golekkan diatas kelapa.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan