BAHAN A
6 tangkai sayur baby bok choy
2 ulas bawang putih – cincang
3 cm halia muda – hiris nipis
2 sudu besar udang kering – rendam terlebih dahulu
BAHAN B
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil gula
1 sudu kecil tepung jagung
1/2 cawan air
1 sudu minyak masak
CARA :
- Belah dua sayur baby bok choy dan bersihkan di celah-celah batangnya. Masukkan ke dalam pengukus dan kukus selama 5 minit.
- Sementara sayur masak, sediakan sosnya. Masukkan minyak ke dalam kuali, tumis bawang putih, halia dan udang kering hingga garing dan wangi.
- Masukkan kesemua bahan B dan kacau hingga pekat. Setelah masak matikan api.
- Susun sayur baby bok choy yang dikukus tadi ke dalam pinggan hidangan dan tuang sos yang dimasak tadi.
- Sebagai hiasan, bolehlah ditaburkan bawang goreng dan hidangkan segera bersama lauk lain dan nasi panas.