BAHAN-BAHAN
2 keping tauhu – tumbuk hancur
100 gm isi ikan – rebus dan tumbuk
1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu besar bawang goreng
2 sudu besar tepung sagu
1 sudu kecil garam
¼ cawan hirisan daun sup dan daun bawang
1 biji telur – pukul
CARA MENYEDIAKAN
- Satukan kesemua bahan diatas dan gaul sebati.
- Bila dah sebati bulat-bulatkan adunan menjadi bergedil tauhu ikan.
- Bila semuanya dah siap baru celupkan dalam telur dan sedia untuk digoreng.