AYAM PANGGANG MADU

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN :

1 ekor ayam segar seberat 1.7kg

 

BAHAN A :

5 cm halia – kisar

5 ulas bawang putih – kisar

1 sudu besar sos ayam pekat

3 sudu besar sos tiram

1 sudu besar lada putih – tumbuk

2 sudu besar minyak bijan

 

BAHAN B :

1 sudu besar sos tiram

1 sudu besar sos ayam pekat

3 sudu besar madu

 

CARA :

  1. Lumurkan ayam dengan bahan A dan perap selama 4 jam (sebaiknya perap semalaman di dalam peti sejuk)
  2. Panggang di dalam ketuhar dengan menggunakan api sederhana panas selama 90 minit
  3. Keluarkan ayam panggang, dan sapu dengan Bahan B.
  4. Masukkan kembali ke dalam ketuhar dan panggang dengan api kecil selama 15 minit.

 

 

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan