Bahan A
500 gm isi ayam – bahagian dada
Bahan B – Perapan
3 ulas bawang putih – tumbuk
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu kecil gula
1 sudu besar tepung serbaguna
1 sudu besar kicap cair
Bahan C
Daun pandan secukupnya untuk membalut ayam
Minyak untuk menggoreng
Cara
- Bersihkan ayam, buang kulit dan potong kiub besar.
- Satukan bahan-bahan B dan perapkan bersama isi ayam selama 3 jam atau semalaman.
- Bila siap untuk digoreng, balut ayam dengan daun pandan dan sematkan dengan pencungkil gigi. Balutan jangan terlalu ketat agar isi ayam garing bila digoreng.
- Goreng ayam yang siap dibalut dalam 6 hingga 8 minit atau sehingga masak. Boleh juga dibakar ayam pandan ini di dalam ketuhar dengan suhu 200’C selama lebih kurang 25 minit.