BAHAN-BAHAN:
6 ketul paha ayam
½ sudu kecil garam
½ sudu kecil serbuk kunyit
BAHAN SOS :
10 ulas bawang merah – hiris
6 ulas bawang putih – hiris
2 batang serai – titik
1 cm cekur – tumbuk
20 gm pes udang
120 ml santan
½ sudu kecil garam
½ sudu kecil gula
100 gm gajus – goreng
1 tangkai cili merah – hiris memanjang
2 sudu besar sos cili Thai
½ sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil jus limau nipis
CARA MENYEDIAKAN:
- Lumurkan ayam dengan garam dan kunyit, goreng hingga garing.
- Panaskan minyak, goreng bawang merah dan putih hiris hingga garing, angkat dan ketepikan.
- Tumis serai dan pes udang hingga naik bau, masukkan santan dan cekur, kacau rata.
- Masukkan garam, gula dan sos cili Thai, kacau hingga mendidih.
- Masukkan setengah daripada bawang goreng tadi, ayam goreng dan perasa. Kacau sebati.
- Masukkan lebihan bawang goreng, gajus, cili merah danjus limau, gaul sebati. Hidangkan.